asrul cakap encik sabi patut jadi anggota polis..
aku setuju dan aku rasa najib yang kenal encik sabi pun setuju…

asrul cakap encik sabi patut jadi anggota polis..
aku setuju dan aku rasa najib yang kenal encik sabi pun setuju…

Assalamualaikum.
Pergh… lama sungguh aku tak kirim apa-apa entri baru dalam blog ini. Jadi sempena gencatan senjata di Gaza, apalah kiranya aku merajinkan jari jemari aku taip sesuatu dan semakkan blog aku dengan entry merapu.
Zaman berubah. manusia berubah bak kata Mizi Beruang kesayangan Orangs. Aku pun berubah, Najib aka orangs pun berubah. Orangs punya perubahan memang dahsyat, beliau sudah tidak suka bermesej lagi, beliau buat panggilan terus dan berboraklah berjam-jam lamanya.
Perbualan kami juga lebih matang. Kalau dulu kami berbual mengenai soal dunia semata-mata, sekarang kami berborak mengenai planet-planet sekitar pula. Atoi juga berubah, lepas kahwin mesti lagi banyak perubahan. Hidayat makin berketul-ketul muscle beliau.
Kesimpulannya, setiap orang akan mengalami perubahan baik dari segi fizikal mahupun rohani. Cuma yang membezakan samaada perubahan itu suatu perubahan yang positif atau negatif.


Minggu ni aku dah mula bersemangat untuk bekerja. Aku bangun awal pagi sama macam bulan ramadhan dulu, bezanya aku tak bangun utk sahur tapi aku bangun utk menggeliat seminit dua sebelum menyambung perjalanan tidurku. macam biasa masuk ofis kul 8.30, trapi kadang2 lambat gak. Tapi boleh dimaafkan kut sebab aku keluar ofis pun paling lambat kul 7.00. Macam poyo je abis keje kul 7.00 padahal kerja takdelah banyak sangat minggu ni. Mungkin sebab aku tak kahwin lagi kut, tu yang selambe je nak balik kul berapa pun walaupun kerja aku ni takde elaun overtime..
Minggu ini hanya ada satu hujahan kes syariah yang perlu aku siapkan(memang aku tak buat lagi sampai skrg). tiada bicara di Mahkamah sivil atau syariah minggu ni sebab Tuan Hakim ada yang mc, Yang Arif masih bercuti dan ada kes kena postpone sebab Y.A ade kes sambung bicara di KL. Kiranya minggu ni, minggu yang agak relaks bagi aku..
Minggu ni, lebih spesifik lagi hari ini, masa aku tgh menjelajah ke blog member2, aku terbaca entry ini. member aku yang menggelarkan diri beliau Encik O atau Orangs telah membuat kenyataan tergempar bahawa beliau sudah tidak wujud lagi di dunia ini. sungguh misteri kenyataan beliau tersebut. apakah maksud beliau? adakah beliau sudah hilang akal?adakah beliau ingin menyucikan diri atau menyertaio mana-mana kumpulan ajaran sesat lantas memperolehi ilmu mengubatkan orang dengan cara memukul menggunakan topi keledar?
akhir kata,
jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTERI……..

Your results:
You are The Flash
|

Gambar di atas hanya sekadar hiasan. Dua orang lelaki yang berwajah biasa2 sajer. sila abaikan.
lama gila aku tak update blog ni.. tapi mmg aku sengaja taknak update blog ni dalam bulan ramadhan ni sebab masa aku ada rasa nak update dulu aku nak masukkan entry2 yang menghina, lucah dan di luar batas kemanusiaan… itulah sebabnya aku tak jadi nak masukkan entry2 tersebut…
hari ni dah 25 hb ramadhan, esok aku start cuti sempena aidilfitri dan kembali bertugas 3hb oktober…tahun ni mmg aku tak kirim kad2 raya pada sesiapa pun kecuali kad2 raya kepada ketua2 jabatan di negeri tempat aku bekerja ni..tapi percayalah, member2 aku semua masih dalam ingatan dan kita akan berkonvoi merayakan aidilfitri nanti… setinggi2 terima kasih juga diucapkan kpd encik nurhidayat osman, pegawai penyiasat bank negara malaysia merangkap sahabat aku dan best student batch aku kat u dulu sebab jadi org pertama hatar kad raya kat aku…sori, aku tak dapat nak manjakan ko dgn kiriman balas kad raya sebab ko tak pernah belanja aku makan kat manhattan fish market…lalala…aku bergurau senda sahaja..jangan ambik hati..(aku akan balas dgn menghasilkan entry paling best khas untuk ko)
kepada orangs, ko teruskan “rancangan besar” ko tu….jangan smpai bocor rahsia…lalala…dan sempena bulan ramadhan ni dan bulan2 lain seteusnya, hindari diri dari maksiat dan fitnah duniawi…
kepada member2 lain, member bloggers dan rakan2 sekolah dan U serta rakan2 seperjawatan serta staf2 di jabatan aku, selamat hari raya aidilfitri…maaf zahir dan batin serta halalkan makan minum aku dan hutang2 kalau ada…
sekian, aku nak cuti………


jgn slah faham…tajuk entry aku kat atas merujuk terus kepada perlawanan persahabatan skuad bolasepak kebangsaan MALAYSIA menentang Chelsea di stadium shah alam baru-baru ni…perlawanan diadakan di stadium shah alam yang terletak didalam negeri selangor yang merupakan salah sebuah negeri dalam persekutuan Malaysia…
berdasarkan fakta di atas, pasukan kebangsaan adalah tuan rumah di dalam perlawanan persahabatan tersebut. secara logiknya, sebagai sebuah pasukan kebangsaan, semestinya penyokong yang terdiri daripada rakyat Malaysia perlu menjadi majoriti penyokong di dalam stadium yang boeh memuatkan lebih kurang 80,000 penonton…
apa yang menyeduihkan perkara sebaliknya berlaku…majoriti penyokong berbaju warna biru dengan jenama samsung tertera di dada jersi dan lambang kelab chelsea menjadi majoriti di dalam stadium tersebut… yang buat aku makin pelik mreka ini majoritinya pemgang mykad warganegara Malaysia…adakah mereka pendatang asing tanpa izin yang memakai mykad palsu?
aku tak salahkan korang minat chelsea, itu hak korang, aku sendiri pun penyokong arsenal…tapi kalaulah perlawanan persahabatan tu arsenal lwn malaysia, secara automatik arsenal jatuh no. 2 bagi aku, sebab seburuk mana pun permainan malaysia, aku tetap org malaysia…jatuh bangun skuad malaysia, aku tetap sokong…begitu juga kalau selangor lawan arsenal, arsenal akan jatuh no. 3 bagi aku…sebab aku anak selangor…
aku tau korang fanatik chelsea, sanggup bayar beratus2 nak tgk chelsea, tapi korang tak malu ke org luar tgk org malaysia sendiri tak bangga jadi rakyat malaysia?lantaklah…aku cuma nak lepas geram je…yang aku perasan pun ramai yang sokong chelsea tu tak pernah pun tgk liga tempatan..maklumlah mereka kan rakyat britain duduk kat london, hari-hari tgk bola kat stamford bridge je…kredit jugak kepada para gadis yang sanggup berhabis duit untuk tengok mamat hensem frank lampard….tahniah…
aku sebenarnya taknak buat entry langsung pasal benda ni, tapi aku menyirap bila aku singgah minum kat kdi mamak semalam, kebetulan ulangan game tu disiarkan kat astro supersport, ada mamat indon yang ketawa melihat aksi orang malaysia yang mati-mati sokong chelsea sedangkan masa tu chelsea tgh lawan malaysia….

*sila isikan tempat kosong
Ambil perhatian bahawa george w bush </strong>[no.kp: ******-**-****] beralamat di rumah putih washington DC.
Ambil perhatian bahawa samad bin abu [NO. KP : ******-**-****] Pemohon/Defendan yang dinamakan di atas akan memohon kepada Mahkamah Tinggi Marikh pada hari Selasa pada 19 haribulan Ogos 2008 pukul 9.00 pagi untuk mendapatkan suatu perintah bahawa:-
(i) ____________________________________________________
(iii) Kos
(iii) Lain-lain perintah yang difikirkan suaimanfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini.
Alasan-alasan permohonan ini ialah:-
1. _____________________________________________________
2. _____________________________________________________
Bertarikh pada 17 hb 07, 2008
————————————-
Peguam Pemohon/Defendan yang kacak
NOTIS PERMOHONAN BANTAHAN AWAL INI difailkan oleh Tetuan Rojak & Co, No. 6 Jalan Mercury, Seksyen 17, Neptune 3, untuk dan bagi pihak Pemohon/Defendan.