h1

panjang akal

April 8, 2008

2-3 hari nih, inbox no m*x*s aku penuh dgn sms2 dari 2-3 org member yang cuba nak menghabiskan 1500 sms free sebelum berape hb dah..kalau tak m*x*s akan potong RM 3.00..ini apa yg diorang bagitaulah…aku macam biasa tak ambik peduli pun…

 

 

rasa cam lawak pun ada, 1500 sms free utk dihabiskan dlm tempoh masa tertentu…lebih byk ruginya dari untung..yelah, macam aku, klu takde perkara penting takdenye aku nak bermesej, kdg2 tak sampai berapa sen sgt aku guna…ini pulak 1500 sms free m*x*s free…ape yg aku nak sms?dgn sape aku nak bersms lantas menghabiskan 1500 sms tersebut?hasilnya, oleh kerana tak mau kerugian rm3, kita kerugian masa dan penat jari jemari menghantar sms yg byk dan tak penting….

 

panjang akal betul saudagar m*x*s nih…tapi kita sebagai pengguna kena ada akal yang lebih panjang lagi…berfikir sebelum bertindak…adakah tindakan yg kita ambil tu merugikan atau menguntungkan…semua terpulang kepada kebijaksanaan kita sendirilah…aku bukan nak nasihat, aku cuma nak membebel jer pasal aku tak tahan dgr bunyi sms jer time kerja nih…

 

kepada member2 yang terlanjur mengirim sms yang bertubi2 kat aku, aku hargai ingatan korang kat aku…aku tau ramai yang menyayangi diri ini…tibe…tapi, sudah2 lah tu ye…

 

 

lagi satu, hari ni, di ofis aku, kami tidak menggunakan talian interkom untuk menghubungi satu sama lain gara2 sms free nih kecuali aku…aku kena guna interkom jugak pasal aku tak join sms free nih

 

 

2 comments

  1. itulah akibatnya apabila tidak membaca terma dan syarat yang disediakan oleh syarikat tersebut…. kan dah terkena.. hahaaha


  2. cepat habiskan cepat habiskan cepat habiskan



Tinggalkan Komen