
bulan bintang jadi saksi
April 22, 2008Dewasa ini, kita sering dikejutkan dan digemparkan oleh kes-kes jenayah dan keganasan terhadap kanak-kanak. sebagai contoh, baru-baru ini di petaling jaya seorang lelaki dikatakan cuba mencabul kehormatan seorang kanak-kanak perempuan berusia dalam lingkungan 12 tahun. lelaki berkenaan dapat ditangkap dengan bantuan jiran-jiran.
Cuba bayangkan sekiranya anda atau ahli keluarga anda di tempat kanak-kanak terbabit. Apakah implikasi dan kesannya serta bagaimana kanak-kanak terbabit dipanggil ke mahkamah untuk memberi keterangan atau menjadi saksi dalam kes tersebut. dari pemerhatian penulis, ramai di kalangan kita menganggap mahkamah adalah satu tempat yang harus dijauhi dan amat ditakuti. penulis pernah berhadapan dengan mereka yang takut untuk ke mahkamah walaupun hanya sebagai saksi kerana kurangnya pendedahan dan pengetahuan tentang prosedur dan keadaan mahkamah itu sendiri.
Bagaimana pula dengan kanak-kanak yang dipanggil menjadi saksi kes jenayah?bagaimana sekiranya kanak-kanak terbabit adalah mangsa. secara logiknya, tentulah mereka akan lebih gabra atau panik berada di dalam situasi yang sedemikian. sebenarnya ada peruntukan di mana apabila seorang kanak-kanak di panggil sebagai saksi, mahkamah boleh mengarahkan supaya dipasang partition yang boleh melindungi kanak-kanak terbabit dari dilihat oleh tertuduh semasa memberikan keterangan. walaubagaimanapun, isu yang sebenarnya adalah bagaimana seorang kanak-kanak itu harus dibantu supaya dapat memberikan keterangan dengan tenang.
Sebenarnya di Malaysia telah wujud satu program yang dikenali sebagai khidmat sokongan saksi di bawah seliaan jabatan kebajikan masyarakat. sistem ini dimodelkan mengikut acuan yang diguna pakai oleh sebuah NGO di britain yang memberi sokongan kepada mangsa jenayah termasuk kanak-kanak dan orang dewasa. walaubagaimanapun sistem khidmat sokongan saksi di Malaysia hanya disediakan untuk kanak-kanak*.
Khidmat sokongan saksi ini diwujudkan untuk membantu mengurangkan kebimbangan kanak-kanak yang menjadi saksi pendakwaan atau pembelaan semasa memberikan keterangan di Mahkamah dan secara tidak langsung menjadi saluran komunikasi di antara pihak polis, pendakwa dan kanak-kanak yang terbabit*.
Pengalaman menjadi saksi kes-kes jenayah seperti ini bagi seorang kanak-kanak tentunya adalah satu pengalaman yang tidak menyeronokkan malah mungkin menakutkan. ini terjadi disebabkan kurangnya pengetahuan tentang peranan mereka sebagai saksi juga prosedur mahkamah dan keadaan mahkamah itu sendiri. kanak-kanak terbabit mungkin juga berasa terancam dan juga merasa tidak mampu untuk memberikan keterangan. seorang kanak-kanak juga mempunyai sifat malu untuk mendedahkan perkara-perkara yang mungkin memalukan diri mereka seperti di dalam kes-kes yang melibatkan jenayah seksual. oleh kerana itu, khidmat sokongan saksi adalah satu medium untuk membantu kanak-kanak terbabit menghadapi situasi yang sedemikian.
khidmat sokongan saksi ini dikendalikan oleh petugas yang terlatih. petugas tidak akan berbincang tentang kes berkenaan atau memberi sebarang nasihat undang-undang sebaliknya menawarkan sokongan emosi kepada saksi serta keluarga, menemani mereka ke dalam mahkamah, mewujudkan perhubungan menolong secara peribadi berkaitan perbicaran tetapi bukan tentang keterangan kes dan lawatan ke mahkamah sebelum perbicaraan untuk membiasakan diri dengan susun atur mahkamah*. khidmat adalah percuma. khidmat ini tidak mengubah tanggungjawab sedia ada mahkamah untuk saksi.
*Rosmaini Ahmad 2008, Taklimat Khas Program Khidmat Sokongan Saksi Bagi Kanak-kanak Bahagian Kanak-Kanak JKM.
kesian betul pada kanak-kanak yang tak bersalah. inikan kekanak, orang dewasa pun berdebar dub dab dup dab bila jejak jer kaki kat mahkamah. jadi apakata dinding mahkamah tu diceriakan dengan liputan berwarna warni dan koleksi seperti dalam disney world. majistret pun bleh jadi watak pencerima, bayangkan…..
wady: ada mahkamah yg sediakan bilik khas utk saksi kanak-kanak…adalah hiasan dan warna kanak-kanak serta permainan video game.
manusia sekarang ni zaman tongkat ali dan kacip fatimah.kejap-kejap teransang..nak buat macammana..pastu orang lalai!lupa Tuhan!!
beria menekun aku membaca artikel ni.. dalam hati diam2 aku kagum dengan kehebatan kau menulis.. tup2.. bila ending.. rupanya artikel orang lain.. hehe..
so, terencat niat aku nak puji ko kat ruangan komen ni.. hahaha..=p
but, a good post I wud say..
Tumpang lalu dan singgap kejap..
sebenarnye bagi aku, mahkamah adelah sebuah tempat yang menghiburkan. seorang loyer yg kelakar akan dapat menimbulkan unsur2 kekelakaran di dalam mahkamah. dengan itu semua pihak akan rase terhibur dan santai apabila perbicaraan berlangsung.
peguam seharusnya bijak mencipta soalan2 yg kedengaran kelakar tetapi relevan bagi kes tersebut. dengan cara ini org akan dapat reducekan stress. org jugak akan lebih berminat untuk buta jenayah dan dtg ke mahkamah.
jgn nk buat kelakar je tapi tak relevan ngn kes.
4g1rlt3lls4ll : perenggan yang di italickan adalah artikel org lain..
Ahmad: silakan, tambah nasi lagi..
orangs: yup aku setuju, kerana pernah berlaku pada aku…haha…
salam,
mana kau tau zid? adakah kau sudah banyak kali keluar-masuk mahkamah semasa kecil? adakah disebabkan kau selalu melakukan jenayah semasa zaman kecilmu atau menjadi saksi kes-kes sebegitu atau kerana awek cun yg jaga di situ?
mungkin mahkamah boleh menggunakan perkhidmatan deco bersama eric.
pzin: siapa zid? aku adalah rentaka…aku kan ada split personality….tibe
keh keh, aku lupa plak yg kau dan orangs adalah bekas actor mock trial..
“awak boleh panggil saya datok”.. hahaha..