
bubur lambuk ke lombok?
April 24, 2008Aku rasa korang mesti ada baca paper 2-3 hari ni kan? Selain daripada berita sukan yang memaparkan kehebatan pasukan Selangor dalam saingan piala FA, aku ada terbaca tentang kisah anak gadis melayu yang dilarikan ke satu daerah di Negara seberang(Indonesia) untuk dikahwini oleh lelaki dari daerah terbabit..
Aku terkejut sebab bagi aku apa yang dilaporkan bukan suatu kes yang terpencil malah telah berlaku sejak sekian lama. Aku agak tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang penduduk di daerah tersebut yang menyatakan bahawa melarikan anak gadis orang untuk dikahwini adalah satu adat tradisi mereka di daerah tersebut..hmm, kat Malaysia pun ada tradisi ni terutama bagi lelaki yang nak cukupkan kuota(yg ni aku taknak komen, mungkin terkena kat batang hidung aku sendiri).
Menurut penduduk di daerah tersebut, perkara begitu adalah adat mereka dan tidak sewajarnya dipersoalkan. Tapi persoalannya sekarang, sebagai muslim, tentu kita tahu hukum hakam dan kaedah yang sepatutnya dilakukan untuk mengahwini anak gadis orang..tak payah aku nak cerita panjang, korang bukak sendiri kitab-kitab karangan ulama’2 tentang nikah kahwin. tentu kita faham konsep wali, bila boleh guna wali hakim dan sebagainya..
Mungkin korang ada pendapat yang mungkin berbeza tapi bagi aku tindakan melarikan anak gadis orang,inikan pulak yang bawah umur adalah tindakan jenayah yang dilakukan oleh seorang yang pengecut…kenapa ini adalah jenayah?korang boleh rujuk seksyen 359 dibaca bersama seksyen 361 dan seksyen 362 kanun keseksaan.
Kesimpulannya, kalau kita nak orang lain menghormati adat kita, kita mestilah menghormati adat oaring lain jugak.. jangan jadikan adat sebagai alat untuk menghalalkan matlamat..
adat dan agama saling berkaitan. Namun mereka selalu memisahkan kedua-duanya. Antara adat dan agama seharusnya selari.
Saya tidak bersetuju dengan adat dan budaya nenek moyang yang mengenepikan soal hukum hakam agama. Siapa yang harus bertanggungjawab menyedarkan mereka?
Maaf, apa kaitan tajuk dengan isi kandungan entri? Saya masih tak faham.
bayan: apa kaitan tajuk dan isi kandungan entry?haha, kadang-kadang ada orang rupa hensem tapi perangai cam setan…jadi apa kaitan rupa dengan perangai?
a’ah..aku x stuju gak ngan adat yang mengenepikan hukum. ala..bubur lambuk nama kat malaysia, bubur lombok kt indon, sama ngan cita tu, yg pempuan org m’sia, lelaki indon..
betul2.. kita perlu hormat-menghormati..tang tu aku setuju sangat.. setuju sangat2.. serupa cam penulisan jugaklah.. kita kenalah hormat style seseorang tu menulis.. tak perlu nak perli2.. kan? kan? er.. komen tiada kaitan. salam.
4g1rlt3lls4ll: mcm emo je, haha…betul gaya penulisan adalah hak milik individu…jadi mari bersama memartabatkan bahasa melayu…sekali lagi tiada kaitan dgn entry ini..
wow menarik sekali cara kawin..
salam perkenalan
Salam singgah and salam kenal:). Hm, btol tu. Kita kenala hormat pada adat masing2. Ni suka2 je nak bawa lari anak dara orang. Kecik lagi lak tu. Tak pernah terfikir ke perasaan mak ayah dia. Cuba org yg buat tu di tempat mak ayah dia. Tak sedihke? Eerkk,emo plak.
Nak kawin biarla guna saluran yg betul.:)