bila aku baca entry manusia-manusia ni, timbul persoalan di benak fikiranku… adekah blog ini akan menjadi tatapan anak cucu aku di masa hadapan? adakah itu tujuan aku berblog? adakah blog aku ni yang hanya mengandungi entry-entry yang tidak langsung menyumbang kepada pembentukan keluarga bahagia bakal dijadikan bahan rujukan oleh anak cucu cicit aku mungkin untuk projek sekolah (kajian tempatan) tingkatan 2 suatu masa nanti? adakah blog aku ini layak dijadikan bahan kajian ilmiah oleh cucu cicit aku yang genius lagi rupawan?
sebenarnya bukan persoalan-persoalan di atas yang aku nak bangkitkan, tapi aku cuma ingin memuji orangs secara sistematik kerana telah ada visi untuk memajukan anak bangsa menerusi entry-entry yang bermutu dan menyedarkan masyarakat amnya dan cucu cicit beliau khususnya. pujian aku kepada orangs bukanlah semata-mata untuk mempromosikan diri beliau yang masih bujang dan mengamalkan adat timur yang sopan seperti apa yang didakwa oleh si epal hijau atau bukan juga kerana aku ada hubungan songsang dengan beliau seperti dakwaan makcik yang tertinggal sebelah selipar di ballroom istana raja… tetapi kerana kekaguman aku terhadap visi beliau itu…
orangs seperti yang kita sedia maklum adalah produk unggul MMAS yang melahirkan ramai negarawan unggul menurut kata beliau sewaktu kami mula-mula kenal di matrik sebuah IPTA dahulu… selain beliau ramai lagi warga MMAS yang aku kenal semasa di matrik tersebut. malah beliau juga sepanjang pengetahuan aku merupakan seorang penyerang prolifik. ini dibuktikan melalui beberapa siri perlawanan persahabatan dan pertandingan yang kami sertai bersama. kami dipanggil gandingan naga berkembar…sebenarnya emang lebih hebat dari kami…ini fakta, bukan auta…sebab tu emang sekarang kat brunel UK main bola dengan team kat sana…team MAWAR UNITED kalau tak silap percaturan aku…
berbalik kepada orangs…memandangkan ini adalah entry khusus buat beliau yang pertama aku hasilkan, aku akan sekali lagi memberi pujian yang melambung kepada beliau… beliau bolehllah dikategorikan sebagai seorang yang kacak bergaya (kalau tak kacak beliau takkan berlakon iklan dayya bukan?) pernah kami, rakan-rakan beliau membandingkan kekacakan beliau beliau dengan seorang lelaki yang lain yang kami gelar “jambu”(jangan salah anggap, perbandingan ini untuk tujuan akademik, kami bukan gay)…emang tentu kenal budak jambu tersebut…salah seorang kawan kami menyatakan orangs lebih kacak dari “jambu” sedangkan majority(lebih 2′3 majority) yang lain termasuk aku sebulat suara menyatakan “JAMBU” LEBIH KACAK…tapi orangs tak kurang hebatnya dengan rahang ala brad pitt mengikut kata beliau sendiri atau beguk tak baik2 menurut kata seorang kawan perempuan beliau. ditambah lagi muka yang iras2 pelakon utama filem seram tak berapa seram “jangan pandang belakang”, tidak dapat dinafikan lagi orangs menjadi rebutan ramai wanita dan bukan wanita(faham2 jelah)…
orangs, satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air, berlakon teater adalah makanan beliau, tetapi tidak pernah beliau mengabaikan akhirat. sekali lagi aku tabik dengan komitmen beliau menentang pendudukan zionis di wilayah palestin. orangs yang aku kenali seorang yang kreati, berbakat didalam seni lukis dan karikatur juga photography, seorang yang cool dan ada ciri-ciri suami mithali…
orangs, seorang jejaka misteri juga seorang pelawak berbakat. bakat lawaknya dapat dikesan sejak beliau duduk sebilik dengan saudara atoi dan duduk berjiran dengan seorang pelajar bangla serta penceramah motivasi yang separa botak dan agak bunsit tapi kaya dan hensem. malah bakat beliau dalam dunia lawak dan stand-up comedy mungkin lebih unggul dari sang raja lawak astro…ini betul-betul punya kejadian. lawak-lawak beliau adalah lawak yang berilmu dan berijazah. beliau kan kriminal loyer yang berjaya….
orangs, rasanya, cukup setakat ini dululah entry yang aku hasilkan khusus untuk ko sebab ko belum abis bayar lagi..aku check akaun bank aku tadi ko baru bayar 1/4 je dari jumlah bayaran yang kita persetujui untuk entry pujian melambung untuk ko ni… jadi aku pun terpaksa tulis 1/4 sahaja dari keseluruhan cerita ko…takpe, ada duit lebih terus masukkan dalam akaun aku… macam yang selalu aku tegaskan, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima…aku nak pasang sport rim yang cun…ko ingat lagi kan nombor akaun aku?
sekian,
terima kasih


