
aku.hantu.bomohEKOR
Mei 6, 2008Awal pagi tadi, aku terjaga kira-kira jam 2.30am. aku terjaga lantaran terdengar seperti suara orang berbisik, aku juga terdengar bunyi seperti air mengalir di dalam bilik air. Aku terkejut tapi aku tak panik. Situasi gangguan seperti ini sudah biasa ku lalui. Sambil membaca sepotong ayat suci dan berbekalkan ilmu di dada, aku menuju ke tempat punca kuasa negatif paranormal terbabit. Aku buka pintu, aku jalan dgn pantas dan dengan semangat dan darah pahlawan yang mengalir dalam tubuh persis wirawan sejati. Aku sudah sampai ke tempat bermulanya segala kejadian, dengan penuh lagak dan berhati-hati, aku pulas-pulas anasir yang menggangu tidurku.
Aku pulas pili air utama kat luar rumah pasal paip air kat rumah aku bocor. Terhapuslah gangguan bunyi bising tadi..
Bercerita pasal gangguan-ganguan paranormal ni, aku teringat zaman aku muda-muda remaja dulu. Masa itu, aku dan family duduk di sebuah taman perumahan di sebuah Bandar diraja. Kat taman area rumah aku tu, hanya ada dua keluarga melayu je termasuklah family aku. Jiran-jiran aku ramai cina. Sebelah rumah aku ada satu keluarga cina. Ketua keluarga tersebut kami panggil ah long(bukan nama sebenar). Beliau mempunyai pekerjaan yang unik iaitu sebagai seorang bomoh ekor bertauliah. Barang harus diingat, walaupun beliau menawarkan kepakaran beliau kepada semua kaum, family aku bersih dari gejala nombor ekor ni. Kami Cuma makan sup ekor sahaja.
Berbalik kepada cerita pasal ah long ni, selain daripada beliau mempunyai sikap peramah, beliau juga apabila bergaduh dengan bini akan mengunci pintu rumah dan tak membenarkan bini beliau masuk sehinggalah bini beliau itu menangis macam budak2 tadika sambil terbaring berguling2 menghentak2 kaki menagih simpati sang suami tercinta. Tapi bukan pasal bini dia yang aku nak cerita, tapi perkara mistik dan paranormal yang berlaku di rumah aku. Ah long pernah bercerita yang beliau pernah mendengar bunyi kanak-kanak bermain dan bergurau senda di rumah family aku walhal ketika kejadian berlaku, kami sekeluarga tiada di rumah. Malahan beliau pernah ternampak lembaga tanpa kepala di depan rumah aku.
Kami sedikit pun tidak terkejut kerana kami tidak pernah diganggu oleh makhluk asing tersebut. Mak aku buat kesimpulan yang yang makhluk tersebut tidak perlu diganggu sekiranya mereka tidak mengganggu kami sekeluarga malahan mungkin boleh bertindak sebagai eksekutif keselamatan rumah kami. Aku yang masih kecil ketika itu percaya dengan pandangan mak aku sebab mak aku berpengalaman menentang serangan makhluk halus. Lalalalala…abang aku yang kedua pula mempunyai kuasa berjalan dalam tido semasa kecilnya. Adik aku pula pernah Nampak sepasang mata nan merah menyala juga semasa kecilnya.
Aku juga ada teori ku sendiri mengenai kejadian2 aneh ini. Mungkin lembaga tersebut sedang kesunyian dan mungkin juga sudah bosan bermain nombor dgn bomoh ekor jiran aku tu dan sedang berlatih untuk menjalani ujibakat siri tv “numbers” ataupun supernatural. Tetapi aku yakin, mereka hanya mampu berlakon dlm siri tv tempatan yang murah seperti saka dan susuk kerana bentuk fizikal mereka yang ala-ala pan asia gitu..
Di rumah sewa aku sekarang pun seperti ada sesuatu paranormal yang menghuni. Rumah sewa aku sekarang ni ada 3 bilik. Aku menyewa seorang diri. Bilik yang terletak di tengah tidak pernah digunakan sama sekali. mak aku semasa berkunjung ke rumah sewa aku pernah terlihat kelibat sesuatu sedang bertenggek kat atas para bilik no. 2 tersebut. Beliau tidak menceritannya kepada aku sehinggalah selepas beliau pulang ke kampong. Beliau hanya menghubungi aku melalui telefon pada malam hari lantas menceritakan kejadian tersebut kepada aku yang sedang bersendirian di rumah ketika itu sambil menyaksikan cd filem pocong. Ya, aku tak kaget dan aku buat2 berani. Aku buat perjanjian dengan makhluk tersebut yang seakan2 piagam atau treaty di mana beliau tidak boleh mengganggu aku selama mana aku tak mengganggu beliau. Sejak dari itu, bilik no. 2 tersebut telah aku transform menjadi musolla untuk kegunaan peribadi dan rakan2 yang berkunjung ke rumah sewa aku.
Aku sebenarnya tak abis lagi cerita perihal ah long si bomoh ekor tu. Ah long ni walaupun peramah tapi kadang2 mulut beliau juga lebih busuk dari longkang. Aku pernah berdendam dengan ah long sebab beliau pernah memfitnah aku mencuri buah mangga jiran walhal aku seorang pemuda harapan bangsa. Aku tak merokok apatah lagi mencuri buah mangga. Aku hanya pernah curia yam masa main bola dgn kawan-kawan. Berani beliau menuduh aku yang suci ni dengan tuduhan yang tak berasas. Kalau ikutkan hati mahu saja aku tangan2kan beliau tetapi masa tu aku kecil lagi dan aku belum tamat belajar jurus silat serantih lagi..lalalala, maka aku pun melepaskan amarah aku pada anak ah long…lalala, aku selalu meluku kepala beliau secara terancang. Lukuan aku membuatkan anak beliau menangis teresak-esak. Aku terus meluku bila ada kesempatan sambil mengajak abang aku untuk turut serta sekali sekala.
Bila terfikir balik, aku rasa bersalah gak buat macam tu kat budak tu, tapi apa kan daya, aku bukan robot terminator yang boleh kembali ke masa silam untuk mengubah keadaan seperti dalam cerita “sarah o’connor chronicles”. Apapun, boy(mangsa)walau dimanapun dikau berada, aku mintak maap byk2. Mungkin sekarang ni budah tu dah jadi tauke judi nombor ekor sekarang ni. Takpun mungkin beliau telah menjadi seorang ustaz muallaf yang beriman.
wah…panjang ceritanya. tp okla sebab kalau kau pendekkan akan tidak bestla bunyinya.. hehehe… kenangan zaman dulu mmg tak boleh nak pusing balik… seronok. tp bab rumah sewamu yg sedikit seram itu.. uish beraninya
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
KALAU NAK BUAT BLOG, JANGAN LUPA MASUK LAMAN WEB “Leoxa.com”
(Themenya Terlampau Cantik Sangat & Boleh Pula Letak Adsense)
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
cerite ko macam sial from A to Z…. (harap maaf)
Haha..cam harammmmm… bersungguh2 je aku baca sampai habis! Berdebar2 siyut aku dibuatnya.. terasa seperti berada dalam siri misteri nusantara gituhh.. Btw, aku dan keluarga aku punya pengalaman tinggal di rumah berhantu selama 6 tahun.. Selama tempoh itu, kami dan hantu2 itu hidup secara give n take dan saling bertolak ansur antara satu sama lain.. Lu lu.. gua.. gua.. Kami tak kacau pokok ciku kepunyaan hantu2 tersebut.. Dan mereka pula tidak mengacau.. eh tak.. ada.. ada kacau.. tp setakat kacau2 yg berbentuk gurauan manja sahaja.. Mungkin hantu2 tersebut keboringan kalau sekadar duduk diam dan tidur 24 jam.. Dah nama pun hantu kan?? Takkan nak pergi pejabat bukak fail kes atau pergi noreh getah pulak kan? hihih.. Alhamdulillah.. berkat sikap kami yg cukup berkeperibadiaan mulia ni,tiada anggota keluarga kami yang meracau mahupun disampuk sepanjang tempoh tersebut. Aku rasa nak buat entry pasal hantu lah.. tp tunggu malan Jumaat la.. baru serammmm.. kiiiiikikikikii.. *bunyi maya karin mengilai*
fiza: rumah sewa tu bertambah seram sejak kawan aku yg bernama orangs meninggalkan sakanya di situ. asal dia dtg rumah aku je, aku terlajak subuh…hahaha
orangs: ala orangs, mcm sial pun ko syg aku jugak kan?hahaha…btw, aku tak pernah ckp entry ko mcm sial wlupun mmg mcm sial…hahaha..aku mmg kwn yg baik…hahahahaa
ڬيرل تيللس الل : aku suka maya karin mengilai…aku terasa seolah2 melihat cerita lawak.
aku aitu tgk citer maya karin berlakon. citer anak halal (cam tah pape ntah si ***** tuh) dgn waris saka hantu. mlm tu aku mimpi hantu. kalau mimpi maya takpe gak.
citer kau memang takleh blah..daripada tokei nombor sampai ke hantu…tapi kau takde kuasa macam abang dan adik kau yang ade kuasa mistik tu ke? hehe
kak pieja : tolong jangan tulis panjang berjela² ye….
rentaka: aku tak boleh bagitau kuasa aku sebab kuasa aku akan digunakan menentang zionis nanti…
sebut pasal maya karin.. hari tu time aku g mid vslley.. dia tarik n paksa aku amik gambar dengab dia.. siap rasuah aku dengan album baru dia plak tu.. eeee.. tak soke betulll.. dah le mendedah aurat.. haha
rentaka: tapi aku suka maya karin..lalalala…ko menutup aurat, aku suka perempuan yg menutp aurat..lalalala lagi…
kepade rentaka: bukan maksud aku nk keji cite ko tu macam sial. maksud aku sial tu adelah syial. syial pulak sebenarnye adelah another name for shisha yg ade pelbagai perise tu, contohnye perise epel hijau.
kepade pizin: sebenarnye maya karin tu adelah kawan aku mase budak2. kitorang selalu pegi lastik burung, tangkap ikan puyu, main polis sentri dan main kawin2. olih sebab dari kecik die selalu kene mekap dengan aku, sampai hari ni die jadik lawa.
rentaka: ko minat kat epal hijau kan?maya karin sebenarnya merupakan seekor duyung jadian yg telah memeluk islam..tibe
nampaknye encik rentaka kecik hati dengan aku sebab aku kate sial kat entry die.
takpe, aku tau taktik dan teknik nak pujuk die.. aku mmg arif dan berpengalaman tentang emosi dan struktur fizikal beliau… hohoho!
tak pasal2 aku ketawa terbahak2 seorg diri bile terbayangkan hantu belaan ko tu. umah aku dlu pun org kate ader bunyi2 bile kitorg xde kt umah. aku pecaye itu adalah penjaga umh. sbb lps kitorg pindah umah2 area tu kna pecah. tibe aku pecaye pd benda2 tahyul lg mensyirikkan ini. istighfar!!
rentaka: kita bongkarkan misteri nusantara.
aku dah pindah. aku dah pindah. Gila sunyi ‘umah’ baru aku.. datangla wei.. ajak kawan2.. kawan2 yang best.. yg beriman dan tak kantoi Subuh (opsss.. hahah..gurau.. gurau..) buat baca doa selamat.. hihi. lalalala~
rentaka: ya, mari aku tlg pagar rumah ko dgn bacaan yasin 4 penjuru.
Aku rasa mcm nak cekik jer dak orangs nie.. ntah ape la dosa aku..sampai aku sll jd mangsa…huhuhu sedih tol aku..
rentaka: luah perasaan nampak..dia buat pe kat ko?kalau dia cabul ko, ko repot je kat polis..tapi jgn pulak ko tarik balik aduan tu nanti..
tidak akan aku tarik balik aduan itew… wlupun dia sogok aku!!!
rentaka: die buat apa kat ko?biarlah aku sebagai bapak angkat beliau memberi tguran dan kritikan yang membina.
ko tanya la anak kesayangan ko itew!!!!
rentaka: beliau umpama anak tiri je..aku tak peduli malah menyampah dan benci…hahaha…biaselh tu, suami isteri begaduh…sedangkan lidah lagi kan tergigit inikan pula tak makan nasi sebab beras naik harga…
haha.. penuh drama betul kau dan kawan2 kau.. Pesal korang tak berlakon dalam filem yusof haslam..
epal ijau: biasalah tu..lelaki. Kalau lain kali dia buat hal lagi, ko sekeh je kepala dia dengan tapak kasut. Insyaallah dia akan berkelakuan baik selama 44 hari.. selamat mencuba!~
orangs: Baru aku tahu ko orang Indon.. mesti muka kau macam indon yang keje bancuh konkrit kat masjid kristal tu kan?? Tp ko mungkin jambu sikit la.. hahaahhah
rentaka: maya karin mmg tak perlu tutup aurat.. sebab dia asalnya dulu ikan duyung. Lepas buat extreme make over, baru ada kaki cam manusia.. tp spesis still spesis mamalia.. takde aurat la kiranya.. cam ikan pauss.. haha..
zuriaf: hoiii.. soke hati sabotaj aku kat sini.. hahaaa.. panjang2 pun ko suke baca kan?? Ngaku je lahh.. lalaala~ statement poyo that is! ahahaa~
sialll ko rentaka!! kalau ko berani ko turun la lawan ngn aku!
nah, amek la keris taming sari ni… aku tak payah keris pun, aku cume gune pedang plastik je…
aku pun ingin lodge repot terhadap encik rentaka kerane beliau mencabul anjing penyiasat polis yg sedang mencari dadah di dalam poketdepan seluar beliau…
hahahaha seronoknye aku…
hehee…. “rentaka said : rumah sewa tu bertambah seram sejak kawan aku yg bernama orangs meninggalkan sakanya di situ. asal dia dtg rumah aku je, aku terlajak subuh…hahaha” ~ ayyak… mmg sungguh ganaz saka yang kawan hang tinggaikan… isk isk… bahaya ni…
hoi… apesal ko tak approve komen aku?
“hoi… apesal ko tak approve komen aku?” ~orangs
tak approve komen lebih mulia daripada MENGEDIT komen orang demi kepentingan sendiri
rentaka: ni apahal ni? ko ada problem ke dgn orangs?
kepade org jahat:
aku edit komen ko sebab ko tu gile dan sakit mental.
rentaka: orangs, org jahat ni org yg sama hantar mesej keji kat blog ko ker?
komen balas orangs untuk:-
rentaka:
poster tomok (giant size) tu ko yg bagi kat aku.. poster tu potostet je.. yg original yg ade kaler still ko simpan n lekat kat pintu bilik air rumah ko.
rentaka: kat pintu bilik air rumah aku ada poster james dean lah..hahahaks..
ye, gambar dia kat swimming pool tu kan? dgn topinya? aku masih ingat lagi.
rentaka: ye, gambar kat swimming pool tu lah yang ko dan orangs berebut…aku ingat lagi ko merajuk dengan orangs sebab dia berjaya dapatkan poster tu…sebulan ko tak bercakap dgn orangs sambil menangis mengadu kat aku. aku yg menyampah dengan sikap feminisme ko lantas menyepak muka ko serta disertai dengan satu tendangan padu maut di celah kelangkang ko..
yerlah, kan aku dah cakap, aku nak gambar perempuan seksi yg kat belakang tuh, kalu gunting pon bukannya menjejaskan rupa paras tomok. cuma kat topi dia ajer. aku tau dlm loker kau mmg banyak lagi, cuma kau bgtau kat kitorg kau ada satu sajer.
sape yg emo dan feminisme sebenarnye? ye, kau ada menyepak poster muka aku yg tepilih sebagai ‘model of the year’ untuk kesekian kalinya itu. kau kecewa kerana kau tidak terpilih.
akhirnya orangs tau yg aku bukannya nk sgt kat poster tomok itu.
rentaka: kesimpulannya orangs memang meminati dan mencintai tomok kan?
uwaaa!!~ mengapakah aku perlu membaca semua kekejian ni.. kot ye pun nak mesra2.. g kat public toilet la weyy.. jangan depan public!~ *sambil menekup muka dan menghentak2nya ke meja sebagai tanda protes!~ haha*
rentaka: anda ingin menyertai skim kekejian nih?hahaha
hidup tomok!!!