Arkib bagi Bulan Julai 2008

h1

ADAKAH MALAYSIA PATUT TUKAR NAMA KEPADA CHELSEA?

Julai 31, 2008

jgn slah faham…tajuk entry aku kat atas merujuk terus kepada perlawanan persahabatan skuad bolasepak kebangsaan MALAYSIA menentang Chelsea di stadium shah alam baru-baru ni…perlawanan diadakan di stadium shah alam yang terletak didalam negeri selangor yang merupakan salah sebuah negeri dalam persekutuan Malaysia…

berdasarkan fakta di atas, pasukan kebangsaan adalah tuan rumah di dalam perlawanan persahabatan tersebut. secara logiknya, sebagai sebuah pasukan kebangsaan, semestinya penyokong yang terdiri daripada rakyat Malaysia perlu menjadi majoriti penyokong di dalam stadium yang boeh memuatkan lebih kurang 80,000 penonton…

apa yang menyeduihkan perkara sebaliknya berlaku…majoriti penyokong berbaju warna biru dengan jenama samsung tertera di dada jersi dan lambang kelab chelsea menjadi majoriti di dalam stadium tersebut… yang buat aku makin pelik mreka ini majoritinya pemgang mykad warganegara Malaysia…adakah mereka pendatang asing tanpa izin yang memakai mykad palsu?

aku tak salahkan korang minat chelsea, itu hak korang, aku sendiri pun penyokong arsenal…tapi kalaulah perlawanan persahabatan tu arsenal lwn malaysia, secara automatik arsenal jatuh no. 2 bagi aku, sebab seburuk mana pun permainan malaysia, aku tetap org malaysia…jatuh bangun skuad malaysia, aku tetap sokong…begitu juga kalau selangor lawan arsenal, arsenal akan jatuh no. 3 bagi aku…sebab aku anak selangor…

aku tau korang fanatik chelsea, sanggup bayar beratus2 nak tgk chelsea, tapi korang tak malu ke org luar tgk org malaysia sendiri tak bangga jadi rakyat malaysia?lantaklah…aku cuma nak lepas geram je…yang aku perasan pun ramai yang sokong chelsea tu tak pernah pun tgk liga tempatan..maklumlah mereka kan rakyat britain duduk kat london, hari-hari tgk bola kat stamford bridge je…kredit jugak kepada para gadis yang sanggup berhabis duit untuk tengok mamat hensem frank lampard….tahniah…

aku sebenarnya taknak buat entry langsung pasal benda ni, tapi aku menyirap bila aku singgah minum kat kdi mamak semalam, kebetulan ulangan game tu disiarkan kat astro supersport, ada mamat indon yang ketawa melihat aksi orang malaysia yang mati-mati sokong chelsea sedangkan masa tu chelsea tgh lawan malaysia….

h1

bantahan awal

Julai 18, 2008

*sila isikan tempat kosong

Ambil perhatian bahawa george w bush </strong>[no.kp: ******-**-****] beralamat di rumah putih washington DC.

Ambil perhatian bahawa samad bin abu [NO. KP : ******-**-****] Pemohon/Defendan yang dinamakan di atas akan memohon kepada Mahkamah Tinggi Marikh pada hari Selasa pada 19 haribulan Ogos 2008 pukul 9.00 pagi untuk mendapatkan suatu perintah bahawa:-

(i) ____________________________________________________
(iii) Kos
(iii) Lain-lain perintah yang difikirkan suaimanfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini.

Alasan-alasan permohonan ini ialah:-

1. _____________________________________________________
2. _____________________________________________________

Bertarikh pada 17 hb 07, 2008

————————————-
Peguam Pemohon/Defendan yang kacak

NOTIS PERMOHONAN BANTAHAN AWAL INI difailkan oleh Tetuan Rojak & Co, No. 6 Jalan Mercury, Seksyen 17, Neptune 3, untuk dan bagi pihak Pemohon/Defendan.

h1

esok aku cuti…jangan cari aku…

Julai 9, 2008

kepada sesiapa yang berkenaan atau terlibat dengan “konspirasi” tahap dewata…

sukacita dimaklumkan aku akan bercuti bermula esok sehingga hujung minggu ini…

di kesempatan ini juga,a ku ingin mengucapkan selamat bercuti kepada diri sendiri dan selamat maju jaya kepada atlit-atlit malaysia yang bakal ke beijing bagi memenangi emas olimpik yang boleh di butter-tradekan dengan 100,000 barrel petroleum bermutu tinggi…

aku juga ingin membuat pengakuan yang aku bukan penyokong pakatan rakyat(aku tak perlu buat akuan besumpah untuk menunjukkan kejujuran jawapan aku) tapi aku rasa kelakar apabila menteri membandingkan ganjaran RM 1 juta utk emas olimpik sama dengan dengan ganjaran RM 1 juta dalam rancangan realiti tv one in a million. ya, jumlahnya mungkin sama tapi sumbernya berlainan..pikir sendiri…

yang paling penting, jangan cuba buat laporan polis atau mencari aku sepanjang tempoh aku bercuti ni… aku mmg pernah buat akuan bersumpah tapi utk tugas2 rasmi sahaja…akuan bersumpah aku takde elemen kontroversi mahupun sensasi…aku takkan menghilangkan diri atau disembunyikan pihak tertentu, manusia mahupun bunian…aku cuma bercuti….

sekiranya kamu cuba menghubungi aku melalui talian maxis atau celcomku dan tiada jawapan, itu tak bermakna aku disembunyikan atau sebagainya…mungkin kerana aku sedang bercuti atau aku ketiadaan kredit untuk membalas sms..

blog aku pun akan bercuti bersama aku…ya, kerana internet di rumah aku telah lama down kerana tiada siapa ingin membayar bil…

akhir kata,

majulah sukan untuk negara…jom cuti-cuti Malaysia