
ADAKAH MALAYSIA PATUT TUKAR NAMA KEPADA CHELSEA?
Julai 31, 2008jgn slah faham…tajuk entry aku kat atas merujuk terus kepada perlawanan persahabatan skuad bolasepak kebangsaan MALAYSIA menentang Chelsea di stadium shah alam baru-baru ni…perlawanan diadakan di stadium shah alam yang terletak didalam negeri selangor yang merupakan salah sebuah negeri dalam persekutuan Malaysia…
berdasarkan fakta di atas, pasukan kebangsaan adalah tuan rumah di dalam perlawanan persahabatan tersebut. secara logiknya, sebagai sebuah pasukan kebangsaan, semestinya penyokong yang terdiri daripada rakyat Malaysia perlu menjadi majoriti penyokong di dalam stadium yang boeh memuatkan lebih kurang 80,000 penonton…
apa yang menyeduihkan perkara sebaliknya berlaku…majoriti penyokong berbaju warna biru dengan jenama samsung tertera di dada jersi dan lambang kelab chelsea menjadi majoriti di dalam stadium tersebut… yang buat aku makin pelik mreka ini majoritinya pemgang mykad warganegara Malaysia…adakah mereka pendatang asing tanpa izin yang memakai mykad palsu?
aku tak salahkan korang minat chelsea, itu hak korang, aku sendiri pun penyokong arsenal…tapi kalaulah perlawanan persahabatan tu arsenal lwn malaysia, secara automatik arsenal jatuh no. 2 bagi aku, sebab seburuk mana pun permainan malaysia, aku tetap org malaysia…jatuh bangun skuad malaysia, aku tetap sokong…begitu juga kalau selangor lawan arsenal, arsenal akan jatuh no. 3 bagi aku…sebab aku anak selangor…
aku tau korang fanatik chelsea, sanggup bayar beratus2 nak tgk chelsea, tapi korang tak malu ke org luar tgk org malaysia sendiri tak bangga jadi rakyat malaysia?lantaklah…aku cuma nak lepas geram je…yang aku perasan pun ramai yang sokong chelsea tu tak pernah pun tgk liga tempatan..maklumlah mereka kan rakyat britain duduk kat london, hari-hari tgk bola kat stamford bridge je…kredit jugak kepada para gadis yang sanggup berhabis duit untuk tengok mamat hensem frank lampard….tahniah…
aku sebenarnya taknak buat entry langsung pasal benda ni, tapi aku menyirap bila aku singgah minum kat kdi mamak semalam, kebetulan ulangan game tu disiarkan kat astro supersport, ada mamat indon yang ketawa melihat aksi orang malaysia yang mati-mati sokong chelsea sedangkan masa tu chelsea tgh lawan malaysia….
betul jugak isu ini. ni membuktikan juga tahap patriotisma rakyat malaysia sudah berkurangan dgn menyokong pasukan lain.
rentaka: aku suka tgk filem matinya seorang patriot lakonan eman manan dan patriot lakonan mel gibson
tapi skuad malaysia walaupun kalah tapi bermaruah.
rentaka: bermaruah dan bersemangat…
Bola Sepak Malaysia katakan…
saya setuju dengan rentaka…tak kisah pasukan luor mana pon kita sokong, kalau dh lawan dengan malaysia… patutnya… faham2 sendirila. tp setiap org berlainan pendapat giteww… tp tgk games tu masa kt ol mmg best. kena usaha byk lagi….
bangga dgn sesetengah pemain malaysia yg mendapat pujian chelsea.
tahniah helmi eliza dan amirulhadi!
ko menyirap sebab ko minum air sirap nyk sgt kot…
aku tak terlibat ngan isu ini..sebab aku tak minat bola langsung!!hahahah..Hidup Chelsea.yeah yeah!!!!!
kalo liverpool lawan malaysia aku rasa aku akan pakai jersey liverpool jugak (selepas dibuang tulisan carlsberg kat depan tu). mungkin sbb aku rasa aku penyokong liverpool since forever. tataulah sama ada ni dah masuk kategori taksub. mungkin jugak aku kurang patriotism. mungkin jugak sbb aku tak ikut sgt perkembangan bola sepak malaysia. ntahlah. mungkin faktor2 ni semua membuatkan aku rasa aku akan pakai jersey LFC. aku berimaginasi sahaja. mungkin betul mungkin tidak.
isu rakyat malaysia menjadi peminat chelsea ni dah lama wahai rentaka. tak silap aku isu memilih warna my kad sendiri memberi kesan kapada kenapa ramai rakyat malaysia memilih chelsea sebagai kiblat bolasepak ketika menentang malaysia. jangan salahkan diorang , mereka hanya penyokong, pastinya mereka akan bertukar warna ketika sambutan 31 ogos nanti. sedangkan keputusan pilihanraya boleh berubah
rentaka: adakah ko sebagai encik wady masih segak dan tampan seperti dahulu?
btol tu..maybe dorang terlampau asyik dgn kehadiran fevret team mereka sehingga lupe negara sendiri…
aku pun menyirap juga sebenarnya. tapi tak boleh salahkan mereka. mereka itu, tak pernah ambil peduli pun liga bolasepak tempatan. kalau ajak tengok liga super, sepuluh ringgit pun kira mahal. taknak pegi itu takpe lagi, tapi kalau yang kutuk lebih-lebih tu, memang aku angin.
satu lagi, media kite pun dah jarang buat kolum besar2 untuk ruang bolasepak tempatan. ingat tak satu masa dahulu, perlawanan akhir bola sepak dapat tempat di muka hadapan.
Akhir kata, majulah selangor untuk piala malaysia.
knape kali ni takde pesta bola merdeka?
pestabola merdeka ada…maybe selepas asean cup…cuba check website FAM
indonesian lebih patriotik berbanding Malaysia..semnagat tu yang membuatkan kedudukan ranking dorg jauh lebih baik dari kita..dushh.
jom tukar link