Arkib bagi Bulan Januari 2009

h1

sayap elang sakti

Januari 30, 2009

Assalamualaikum.

Pergh…  lama sungguh aku tak kirim apa-apa entri baru dalam blog ini. Jadi sempena gencatan senjata di Gaza, apalah kiranya aku merajinkan jari jemari aku taip sesuatu dan semakkan blog aku dengan entry merapu.

Zaman berubah. manusia berubah bak kata Mizi Beruang kesayangan Orangs. Aku pun berubah, Najib aka orangs pun berubah. Orangs punya perubahan memang dahsyat, beliau sudah tidak suka bermesej lagi, beliau buat panggilan terus dan berboraklah berjam-jam lamanya.

Perbualan kami juga lebih matang. Kalau dulu kami berbual mengenai soal dunia semata-mata, sekarang kami berborak mengenai planet-planet sekitar pula. Atoi juga berubah, lepas kahwin mesti lagi banyak perubahan. Hidayat makin berketul-ketul muscle beliau.

Kesimpulannya, setiap orang akan mengalami perubahan baik dari segi fizikal mahupun rohani. Cuma yang membezakan samaada perubahan itu suatu perubahan yang positif atau negatif.