Arkib bagi Kategori ‘Uncategorized’

h1

Kisah Seorang Sabi

April 15, 2009

asrul cakap encik sabi patut jadi anggota polis..

aku setuju dan aku rasa najib yang kenal encik sabi pun setuju…

h1

aku dah bebas dari ketagihan

November 21, 2008

bla bla bla…

h1

kurang ajar…

Oktober 8, 2008

Minggu ni aku dah mula bersemangat untuk bekerja. Aku bangun awal pagi sama macam bulan ramadhan dulu, bezanya aku tak bangun utk sahur tapi aku bangun utk menggeliat seminit dua sebelum menyambung perjalanan tidurku. macam biasa masuk ofis kul 8.30, trapi kadang2 lambat gak. Tapi boleh dimaafkan kut sebab aku keluar ofis pun paling lambat kul 7.00. Macam poyo je abis keje kul 7.00 padahal kerja takdelah banyak sangat minggu ni. Mungkin sebab aku tak kahwin lagi kut, tu yang selambe je nak balik kul berapa pun walaupun kerja aku ni takde elaun overtime..

Minggu ini hanya ada satu hujahan kes syariah yang perlu aku siapkan(memang aku tak buat lagi sampai skrg). tiada bicara di Mahkamah sivil atau syariah minggu ni sebab Tuan Hakim ada yang mc, Yang Arif masih bercuti dan ada kes kena postpone sebab Y.A ade kes sambung bicara di KL. Kiranya minggu ni, minggu yang agak relaks bagi aku..

Minggu ni, lebih spesifik lagi hari ini, masa aku tgh menjelajah ke blog member2, aku terbaca entry ini. member aku yang menggelarkan diri beliau Encik O atau Orangs telah membuat kenyataan tergempar bahawa beliau sudah tidak wujud lagi di dunia ini. sungguh misteri kenyataan beliau tersebut. apakah maksud beliau? adakah beliau sudah hilang akal?adakah beliau ingin menyucikan diri atau menyertaio mana-mana kumpulan ajaran sesat lantas memperolehi ilmu mengubatkan orang dengan cara memukul menggunakan topi keledar?

akhir kata,

jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTERI……..

h1

menanti detik 31 Ogos

Ogos 18, 2008

caption id=”" align=”alignnone” width=”270″ caption=”kibarkan jalur gemilang”]kibarkan jalur gemilang

h1

ADAKAH MALAYSIA PATUT TUKAR NAMA KEPADA CHELSEA?

Julai 31, 2008

jgn slah faham…tajuk entry aku kat atas merujuk terus kepada perlawanan persahabatan skuad bolasepak kebangsaan MALAYSIA menentang Chelsea di stadium shah alam baru-baru ni…perlawanan diadakan di stadium shah alam yang terletak didalam negeri selangor yang merupakan salah sebuah negeri dalam persekutuan Malaysia…

berdasarkan fakta di atas, pasukan kebangsaan adalah tuan rumah di dalam perlawanan persahabatan tersebut. secara logiknya, sebagai sebuah pasukan kebangsaan, semestinya penyokong yang terdiri daripada rakyat Malaysia perlu menjadi majoriti penyokong di dalam stadium yang boeh memuatkan lebih kurang 80,000 penonton…

apa yang menyeduihkan perkara sebaliknya berlaku…majoriti penyokong berbaju warna biru dengan jenama samsung tertera di dada jersi dan lambang kelab chelsea menjadi majoriti di dalam stadium tersebut… yang buat aku makin pelik mreka ini majoritinya pemgang mykad warganegara Malaysia…adakah mereka pendatang asing tanpa izin yang memakai mykad palsu?

aku tak salahkan korang minat chelsea, itu hak korang, aku sendiri pun penyokong arsenal…tapi kalaulah perlawanan persahabatan tu arsenal lwn malaysia, secara automatik arsenal jatuh no. 2 bagi aku, sebab seburuk mana pun permainan malaysia, aku tetap org malaysia…jatuh bangun skuad malaysia, aku tetap sokong…begitu juga kalau selangor lawan arsenal, arsenal akan jatuh no. 3 bagi aku…sebab aku anak selangor…

aku tau korang fanatik chelsea, sanggup bayar beratus2 nak tgk chelsea, tapi korang tak malu ke org luar tgk org malaysia sendiri tak bangga jadi rakyat malaysia?lantaklah…aku cuma nak lepas geram je…yang aku perasan pun ramai yang sokong chelsea tu tak pernah pun tgk liga tempatan..maklumlah mereka kan rakyat britain duduk kat london, hari-hari tgk bola kat stamford bridge je…kredit jugak kepada para gadis yang sanggup berhabis duit untuk tengok mamat hensem frank lampard….tahniah…

aku sebenarnya taknak buat entry langsung pasal benda ni, tapi aku menyirap bila aku singgah minum kat kdi mamak semalam, kebetulan ulangan game tu disiarkan kat astro supersport, ada mamat indon yang ketawa melihat aksi orang malaysia yang mati-mati sokong chelsea sedangkan masa tu chelsea tgh lawan malaysia….

h1

bantahan awal

Julai 18, 2008

*sila isikan tempat kosong

Ambil perhatian bahawa george w bush </strong>[no.kp: ******-**-****] beralamat di rumah putih washington DC.

Ambil perhatian bahawa samad bin abu [NO. KP : ******-**-****] Pemohon/Defendan yang dinamakan di atas akan memohon kepada Mahkamah Tinggi Marikh pada hari Selasa pada 19 haribulan Ogos 2008 pukul 9.00 pagi untuk mendapatkan suatu perintah bahawa:-

(i) ____________________________________________________
(iii) Kos
(iii) Lain-lain perintah yang difikirkan suaimanfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini.

Alasan-alasan permohonan ini ialah:-

1. _____________________________________________________
2. _____________________________________________________

Bertarikh pada 17 hb 07, 2008

————————————-
Peguam Pemohon/Defendan yang kacak

NOTIS PERMOHONAN BANTAHAN AWAL INI difailkan oleh Tetuan Rojak & Co, No. 6 Jalan Mercury, Seksyen 17, Neptune 3, untuk dan bagi pihak Pemohon/Defendan.

h1

esok aku cuti…jangan cari aku…

Julai 9, 2008

kepada sesiapa yang berkenaan atau terlibat dengan “konspirasi” tahap dewata…

sukacita dimaklumkan aku akan bercuti bermula esok sehingga hujung minggu ini…

di kesempatan ini juga,a ku ingin mengucapkan selamat bercuti kepada diri sendiri dan selamat maju jaya kepada atlit-atlit malaysia yang bakal ke beijing bagi memenangi emas olimpik yang boleh di butter-tradekan dengan 100,000 barrel petroleum bermutu tinggi…

aku juga ingin membuat pengakuan yang aku bukan penyokong pakatan rakyat(aku tak perlu buat akuan besumpah untuk menunjukkan kejujuran jawapan aku) tapi aku rasa kelakar apabila menteri membandingkan ganjaran RM 1 juta utk emas olimpik sama dengan dengan ganjaran RM 1 juta dalam rancangan realiti tv one in a million. ya, jumlahnya mungkin sama tapi sumbernya berlainan..pikir sendiri…

yang paling penting, jangan cuba buat laporan polis atau mencari aku sepanjang tempoh aku bercuti ni… aku mmg pernah buat akuan bersumpah tapi utk tugas2 rasmi sahaja…akuan bersumpah aku takde elemen kontroversi mahupun sensasi…aku takkan menghilangkan diri atau disembunyikan pihak tertentu, manusia mahupun bunian…aku cuma bercuti….

sekiranya kamu cuba menghubungi aku melalui talian maxis atau celcomku dan tiada jawapan, itu tak bermakna aku disembunyikan atau sebagainya…mungkin kerana aku sedang bercuti atau aku ketiadaan kredit untuk membalas sms..

blog aku pun akan bercuti bersama aku…ya, kerana internet di rumah aku telah lama down kerana tiada siapa ingin membayar bil…

akhir kata,

majulah sukan untuk negara…jom cuti-cuti Malaysia

h1

JUTAWAN OLIMPIK V. PEDANG LAKSAMANA CHENG HO

Jun 26, 2008

dlm beberapa hari yang sudah aku telah diengking oleh orangs utk update blog aku yang dah usang ni…terima kasih kepada orangs yang prihatin terhadap kondisi blog aku ni…tapi aku peduli apa, aku punya suka lah nak update ke taknak…dah nama pun blog aku…

sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan, aku sebenarnya dah lama tak update blog ni sempena menyambut langkah kerajaan menggalakkan kempen menjimatkan elektrik agar duit yang dijimatkan boleh disalurkan ke dana tabung pingat emas olimpik berjumlah rm1 juta…ya, rm 1 juta utk pingat emas yang mungkin hanyalah standard emas zulian(BUKAN NAMA SEBENAR)…

mungkin jumlah sebanyak itu cukup berbaloi untuk penat lelah atlit yang bertanding dan berlatih serta dihantar menyertai kejohanan di luar negara dengan duit rakyat…mereka berpeluh dan layak mendapat rm 1 juta berbanding aku dan rakan-rakan yang menghabiskan bertahun-tahun belajar dan skrg perlu membayar hutang PTPTN beserta “caj perkhidmatan” yang meragukan…

ya, atlit-atlit tersebut lebih layak bergelar jutawan…ya, kerana mereka bertanding untuk negara…biarkan, biarkan mereka jadi jutawan dan kita pula jadi penyumbang tegar untuk belanjawan negara…

bukan maksud utk menyinggung sesiapa, cuma teguran mengajak kita sama-sama berfikir secara logik dan rasional… logikkah ganjaran sebanyak itu di saat harga minyak rm2.70 seliter…fikirlah dan bertindajlah dengan rasa sensitif dan peka dengan keadaan rakyat…rakyat yang majoritinya lebih ramai dari sekumpulan atlit yang menyertai rombongan cik kiah sambil belajar di beijing…

MALAYSIA BOLEH!!!

h1

lagenda supermokh

Jun 6, 2008

dipetik dari laman selangorfc.com

PATAH tumbuh hilang berganti, tetapi perumpamaan itu tidak dapat disamakan dengan Mokhtar Dahari. Ketangkasan, kejujuran, dan kesungguhannya di arena bolasepak dengan sendiri menempatkan Allahyarham di puncak kejayaan yang sukar dicari ganti. Tidak hairanlah negara diselubungi rasa pilu atas pemergiannya secara tiba-tiba pada 11 Julai 1991. Selama 17 tahun dia bergelumang dengan bolasepak tanpa mengira keringat yang mengalir semata-mata mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Semasa hayatnya Stadium Merdeka bagaikan rumah kedua baginya, dan jolokan “Supermokh” sentiasa meniti di bibir semua peringkat usia termasuk anak-anak kecil yang dapat mengenali Mokhtar dan mahu meniru cara permainannya. Siapa yang tidak kenal Mokhtar, terutama sentuhan ajaibnya yang sentiasa menggegarkan pintu gol lawan melalui rembatan kencang. Kelincahannya bagaikan lipas kudung masih terbayang di mata peminat yang pernah menyaksikannya baik di padang mahupun penonton televisyen di rumah. Pintu gol dikawal ketat oleh R Arumugam, benteng pertahanan dikukuhkan oleh Soh Chin Aun dan Santokh Singh, bahagian tengah dikemudikan oleh Reduan Abadullah dan Shukor Salleh membuatkan Mokhtar Dahari dan gandingnya Isa Bakar menyengat di barisan depan. Jika pada 1978 lalu semuanya terpukau dengan jaringan emas mengikat keputusan seri 1-1 dengan England B, selama 17 tahun pula kita terhibur dengan aksinya. Tetapi semuanya kini tinggal kenangan. Hanya nama Mokhtar tetap segar, kepada mereka yang melihat ketangkasan dia beraksi. Secara tiba-tiba, tanpa diketahui punca sebenar, Mokhtar hilang tenaga, tidak bermaya, terlantar hampir 3 tahun diserang penyakit ganjil dan Tuhan mengkehendakinya, Mokhtar meninggalkan kita. Lebih dua tahun Allahyarham tabah menanggung kesakitan bersama keluarga, tetapi itu sudah suratan takdir. Allahyarham tetap menanggung segala derita dengan penuh keikhlasan meniti sisa-sisa hidupnya lebih 10 bulan diatas kerusi roda. Sebenarnya kegemilangan bolasepak tanah air sudah diwarnai oleh Raja Bolasepak Asia, Ghani Minhat, Arthur Koh, Rahim Omar, Jalil Che Din, Chan Tuck Choy tetapi tidak cukup sekadar itu negara cukup bertuah, muncul pula Mokhtar pada awal 70-an menyambung sinar selama lebih 10 tahun. Sehingga detik Mokhtar menghembuskan nafasnya, jelas tiada pemain yang dapat meneruskan kegemilangan bolasepak tanah air. Rembatannya menggabungkan kepakaran Rahim Omar dan kecekapan membaca permainan seperti Ghani Minhat menjadikan dia pemain paling kental dan sentiasa digeruni di Benua Asia terutama musuh ketat negara, Korea Selatan. Tubuh sasa yang menyarung jersi nombor 10 itu sering disebut dan digeruni oleh pemain bolasepak rantau Asia setiap kali Malaysia bertanding di dalam dan luar negara. Sehingga detik-detik terakhir mewakili Selangor dan negara, dia mengekalkan disiplin dalam dan luar padang serta gigih tanpa tunduk kepada penat lelah. Kombinasi gumpalan otot yang membawa kederasan, kecergasan dan kekuatan terpancar di wajahnya yang sentiasa manis berbaur serius hingga menjadikan Mokhtar pemain istimewa yang tidak boleh dipisahkan daripada dunia bolasepak. Sebagat insan kerdil, dia tidak terkecuali dikriktik hingga tidak disenaraikan dalam skuad Olimpik negara yang menempah tempat ke Moscow pada 1980 tetapi sanggup melupakan segala pergeseran demi cintanya pada negara apabila kembali menyarung jersi kebangsaan. Terlalu banyak untuk menghuraikan pahit maung Mokhtar jika dikutip sepanjang 167 kali dia menyarung jersi kebangsaan sejak 1972 hingga kali terakhir ketika menentang Korea Selatan pada pusingan kelayakan Piala Dunia di Seoul 1985. Pada usia 23 tahun dia dipilih oleh majalah bolasepak antarabangsa World Star Soccer sebagai pemain utama tahun itu dan menerima Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1976. Mokhtar membawa Selangor menjulang Piala Malaysia sebanyak 10 kali dan pada usia 33 tahun dia mampu menjadi penjaring terbanyak dengan menyumbangkan 12 gol dan hampir 300 jaringan dalam Piala Malaysia serta antarabangsa. Dilahirkan di Setapak pada 13 November 1953, Mokhtar pernah berjanji tidak mahu bermain dengan pasukan Selangor selepas tersingkir daripada suku akhir Piala Malaysia 1985. Tetapi dia muncul semula musim berikutnya, untuk kali terakhir meletakkan Selangor di mercu kejayaan dan Mokhtar sendiri mengakhiri sumbangannya bersama anugerah pemain terbaik perlawanan akhir. Selepas itu, dia yang rela hati membenarkan semua pihak berkongsi kegemilangannya, memilih untuk menanggung penderitaan seorang diri. Tetapi negara tidak mahu membiarkan dia bergelut bersendirian. Tabung dan bantuan dihulurkan seberapa yang daya dengan harapan permata anugerah bolasepak tanah air itu terus bersinar. Lebih 60 doktor dan pakar perubatan tradisional menawarkan diri untuk merawatinya termasuk Prof John Walton di Hospital Universiti Redcliff Oxford, pada Mei 1989. Mokhtar tampak semakin layu di atas kerusi roda tetapi hati wajanya tetap membolehkan dia membaca majalah, menonton televisyen dan video bolasepak yang menjadi inti hidupnya sehingga dia menghembuskan nafasnya tepat 8.25 pagi 11 Julai 1991.

h1

darah warga arab palestin dihalalkan?

Jun 2, 2008

aku rajin baca entry nukilan bekas pensyarah bahasa arab aku kat matrik dulu. entry ini amat menarik perhatian aku.

rabbi dah mula keluar fatwa…adakah rabbi ini masih bersedih dengan kekalahan comrad beliau (avram grant) dalam saingan liga juara-juara eropah?